Isnin, 8 Ogos 2011

PuDing Peaches

Bahan-bahan
6 gm agar-agar serbuk
1/4 sudu kecil geletin halal
90 gm gula pasir
500 gm air
200 gm susu sejat
1/4 cawan buah peach kaleng yang dikisar bersama airnya
2 sudu makan (paras) tepung kastad

Cara masak
1. Campurkan air, serbuk agar-agar, geletin dan gula. Jerang sehingga mendidih.
2. Masukkan puree buah peach dan kacau rata.
3. Masukkan susu sejat dan tepung kastad yang telah dibancuh dengan sedikit air.
4. Kacau rata dan setelah mendidih sedikit tutup api. Kemudian tuangkan ke dalam bekas.Sejukkan dalam bekas.
5. Setelah puding beku, aturkan buah peach dan tuangkan sirap buah ke atasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan