Ahad, 31 Julai 2011

Mood - MenGantuK

Assalamualaikum..

      Mengantuknyer...dari KL balik rumah di terengganu sampai2 dah pukul 3 pagi..tidokan baby smpai pkul 4 tggal 2 jam je untuk tido sblum g keje.. kat tempat keje pun nampak bantal n tilam jer..haha.. malam ni kena tido awal sebab nk kena bangun masak untuk sahur.. tahun ni berpuase bsame anak plok..lain pengalaman berbanding tahun lepas. harap saya dapt menghadapinya sebagai isteri dan ibu yang matang..
     Semalam hari pertunangan adik di Selangor, first time saya join rombongan g meminang dan pertunangan anak orang.. sebelum ni x pernah ade pengalaman. hehe.. memang seronok pun patutla adat orang melayu ni kalo kena ngan gayanye memang mengujakan.. penuh dengan budaya kemasyarakatan dan menyimpul silaturahim.
     Pulang dari majlis pertunangan terus ke hospital sungai buloh menziarahi sepupu yang baru melahirkan anak lelaki yang sgt comel..namenya Ammar Farouk. sedap namanye dan yang paling penting anak saya dan ade kawan baru..yes..hehe.

Khamis, 28 Julai 2011

Doa UntuK Mak AyaH..

 
Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah, Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan
Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab rontotnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah, hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka, sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin.. 
 
 

BanguN Subuh...


Assalamualaikum...

Bahwasanya syaitan telah menyediakan 3 simpulan untuk umat manusia...yg akan disimpulkan di tengkuk mereka. Apabila mereka mulai tidur, maka syaitan akan menyimpulkan ia di tempat masing-masing...dan dengan 3 simpulan itu...akan tidurlah manusia sepanjang malam sehingga waktu pagi...

Maka, sekiranya bangun manusia itu dari tidurnya sambil menyebut nama allah yg maha mulia...akan terombaklah satu simpulan..
Manakala ..sekiranya ia bangun untuk mengambil air sembahyang..maka akan terurailah satu simpulan lagi..dan simpulan yg terakhir akan turut terurai apabila ia mendirikan solat....

Sesungguhnya ..ketahuilah bahawa dengan terurainya 3 simpulan tersebut wahai sahabat & sahabiah sekalian...maka akan timbullah kerajinan & akan baiklah hatinya...tetapi...sebaliknya...jika tidak terurai 3 simpulan tersebut...maka akan bangunlah manusia itu dengan bermalas-malasan & akan buruklah hatinya...

Kesimpulannya...apabila bangun daripada tidur ....satu perkara yg saya nak syorkan ialah jangan lupa amalkan perkara-perkara sunat ketika mengambil air sembahyang (terutamanya memasukkan air ke dalam hidung sebanyak 3 kali..)...kerana ketahuilah bahawa....syaitan itu tidur di dalam lubang hidung manusia....
Assalamualaikum..

Dah pukul 3.30 ptg, kt luar tingkap nampak mendung jer..same mendung dengan saya..hehe. Betul la orang kata panas xkan sampai ke petang..mesti ade hujan skit di tengah hari..ade jer dugaan nak buat kita belajar sabar. Hmm.. Sabar.. perkataan nampak mcm ringkas tapi membawa pngertian yang besar dan susah untuk di serap dalam diri..Orang yang kuat sabar memang orang tu mempunyai iman yang tinggi..seperti contoh terulung Nabi junjungan kita Muhammad SAW..
    Dan bila kita ambil contoh dari Rasulullah SAW, kita ni jauh daif dan sgt kerdil.. x mampu nak melayari kehidupan dengan sebaiknya..Skit sebanyak ade gak terpalit dosa dalam  nafas yg kita hembus ni..huhu.. bagaimanalah dengan nasib kita selepas mati nanti. Harap Allah ampunkan dosa2 kami..
    Moga dapat menjadi yang lebih baik dan mengambil iktibar dengan dugaan yang berlaku. Smileeee...:)


Dunia Pelik : 10 Benda Pelik Yang Pernah Dibaling Ke Dalam Padang Bola Sepak


    Sepanjang sejarah bola sepak, ada ramai peminat yang fanatik terhadap kelabnya. Dan banyak cara juga mereka apresiasikan untuk kelab tercinta dari nyanyian untuk memeriahkan suasana hingga bunyi mercun yang menghangatkan stadium. Itu semua mereka lakukan untuk menunjukan bahawa mereka ada di sana sebagai pemain ke-12.

Tapi kadang-kadang para peminat fanatik ini terlalu jauh dalam menunjukkan rasa sayang mereka terhadap kelab kesayangan mereka. Berikut ini adalah 10 benda pelik yang pernah dilempar penyokong ke dalam padang bola sepak sepanjang sejarah bola sepak.
1. Bola Pantai
Terjadi di Scotland ketika pertandingan Celtics vs Glasgow.
2. Kepala Babi
Ini merupakan bentuk kemarahan penyokong Barcelona terhadap Luis Figo, kerana Figo pindah ke Real Madrid yang merupakan musuh tradisi Barcelona.
3. Scooter
Ini terjadi pada pertandingan Inter Milan vs Atalanta. Sebelum pertandingan dimulakan, penyokong Inter mencuri scooter dari penyokong Atalanta dan memasukkannya ke dalam stadium. Scooter di simpan di tempat kosong di dalam Stadium San Siro dan berusaha dilemparkan ke dalam padang.
4. Arnab
Ini terjadi di Greece, ketika pertandingan tim Apoel vs Omonia Nicosia berlangsung.
5. Vibrator
Penyokong gila di Argentina melemparkan vibrator ke dalam padang bola sepak.
6. Babi
Ini terjadi pada salah satu kelab di Poland
7. Botol Whisky
Terjadi di Sepanyol tahun 2006, ketika perlawanan Atletico Madrid vs Sevilla.
8. Donut
Penyokong Hajduk Split (Croatia) memprotes presiden kelab mereka dengan membaling donut ke dalam padang. Kebetulan Presiden Kelab mereka mempunyai perusahaan kuih donut.
9. Bom Tangan
Dalam perlawanan pada tahun 1966 pertandingan antara Millwall dan Brentford di Den Lama, seorang dari penonton melemparkan bom tangan pada Brentford penjaga gol Brodie Chic, yang mendarat tepat di tujuan.

Setelah terkena balingan dari penonton, Brodie meminta hakim garis untuk datang memeriksa benda apa yang dilempar untuknya, setelah hakim garisan memeriksa bahawa benda itu bom tangan, ia langsung mengisyaratkan semua pemain untuk meninggalkan padang secepat mungkin.
10. Bola Tenis
Para penyokongHull City memutuskan untuk membaling bola tenis pada perlawanan Piala Liga di Stadium Reebok menentang Bolton untuk mendapatkan perhatian media Lloyd. Dan itu berhasil.

Wajah-wajah Disebalik Topeng Di Filem Popular


Wajah-wajah Disebalik Topeng Di Filem

Kelly Stables - The Ring


Jodelle Ferland - Silent Hill


Kane Hodd - Freddy Vs. Jason


Kelsey Grammer - X-Men 3


Michael Chiklis - The Fantastic Four


Scott Heindl - I, Robot


Andrew Divoff - Wishmaster




Robert Englund - Nightmare on Elm Street

Cinta Seorang Lelaki



Cinta lelaki memang pelik dan aneh, tetapi juga unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki, yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis; aneh apabila dia sudah lembut dan romantis mudah pula dia berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semuanya ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami adakalanya lunak tetapi selalunya keras dan kurang simpati. Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisinya tetapi tatkala sudah memperolehinya, jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, adalah yang disenangi pasangannya, seorang wanita bernama kekasih mahupun sudah bergelar isteri. Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui :

Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih/isteri - tanpa sedikit keterpaksaan.

Semuanya dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.

Dia berasa puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.

Dia lebih banyak menasihati kerana dia amat menyayangi kekasih/isterinya.

Dia mencemburui kekasih/isteri - lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan mereka. Konkongan semata-mata oleh perasaan sayang dan cemburu yg meluap-luap.

Dia akan kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih/isteri.

Dia akan mudah merajuk dan sensitf apabila anda tidak menumpukan perhatian penuh terhadapnya. Kadang-kadang dia seperti anak kecil utk mendapatkan layanan yang terbaik dari pasangan.

Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih/isteri.

Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada kekasih/isteri. Merasa lega bila pasangan memujuknya.

Dia akan gelisah apabila berjauhan dengan kekasih/isteri. Dia akan kerap menelefon dan menghantar SMS.

Dia akan kerap bertanya apakah kekasih/isterinya mencintainya.

Lelaki yang jujur dan cukup 'mabuk' dalam percintaanya pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isterinya.


Oleh : Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj.

10 Makanan Yang Akan Membuatkan Anda Tidur Lena


Apa rahsia untuk mendapatkan tidur 7 – 8 jam yang nyenyak? Anda perlu pergi ke dapur dan menikmati satu atau dua dari 10 senarai makanan di bawah ini. Makanan ini akan merelakskan otot yang tegang, menenangkan fikiran dan mengaktifkan hormon untuk membantu anda tidur iaitu serotonin dan melatonin.


Pisang
Pisang seperti ubat tidur alami. Selain mengandungi melatonin dan serotonin dalam jumlah kecil, pisang juga mengandungi magnesium, bahan yang dapat merangsang relaksasi otot



Teh Chamomile
Teh Chamomile mempunyai efek penenang yang dapat menurunkan stress fizikal mahupun mental, membuat teh ini sebagai minuman yang sesuai untuk diambil sebelum tidur



Susu panas
Bukan, ini bukan mitos, segelas susu panas sebelum tidur dapat membantu tidur anda. Susu mengandungi tryptophan, iaitu asam amino yang mempunyai efek sedatif dan kalsium yang membantu otak untuk menggunakan tryptophan.



Madu
Tambahkan madu sedikit di dalam susu atau teh anda. Gula dapat meningkatkan tenaga, tetapi dalam jumlah yang sedikit, gula dapat memberitahu otak anda untuk menurunkan prestasi orexin. Neurotransmiter yang berhubungan dengan kesedaran anda.



Kentang
Sedikit kentang rebus atau kentang panggang di malam hari tidak akan menaikkan berat badan anda. Kentang membersihkan asam yang dapat mengganggu prestasi tryptophan di dalam tubuh.



Oatmeal
Oatmeal sebelum tidur adalah cara terpantas untuk tidur, kerana oatmeal merangsang produksi melatonin di dalam tubuh pada malam hari.



Kacang Almond
Almond adalah kacang yang baik bagi kesihatan jantung. Tetapi almond juga dapat membantu tidur anda kerana mengandungi tryptophan dan magnesium.



Flaxseed
Flaxseed kaya akan asam omega-3 yang dapat membantu memperbaiki mood anda. Pengambilan flaxseed ketika anda sedang mengalami stress atau depresi berat. Tidur anda akan lebih nyenyak.



Roti Gandum
Sepotong roti gandum dan teh akan merangsang insulin di dalam tubuh anda, yang berguna untuk membantu prestasi tryptophan untuk bereaksi di otak. Dimana tryptophan akan diubah menjadi serotonin yang memberi tahu otak ada untuk tidur.



Daging Turkey
Daging turkey adalah sumber yang sangat baik untuk tryptophan. Tryptophan bekerja ketika perut anda kosong dan tidak ketika anda sangat kenyang. Tetapi 1 sampai 2 potong dari daging turkey bersama dengan roti gandum pada waktu tengahari hari akan dapat membantu membuat tidur anda lebih nyenyak di malam hari.

10 tempat paling unik dan aneh di dunia

Bumi di mana kita hidup mempunyai banyak tempat luar biasa, baik keunikannya, keanehannya.

Berikut ini 10 tempat unik dan aneh di seluruh dunia:

1. GuaĆ­ra Falls, sempadan Brazil-Paraguay


Kebanyakan orang menganggap air terjun Niagara adalah yang terbesar di dunia. Sedangakan Guaira Falls lah yang terbesar di dunia dengan jumlah air terjun yang mencapai kira-kira 1.750.000 kubik per-saat. Bandingkan dengan Niagara Falls yang hanya 70.000 kubik per-saat.

Sumber Guaira Falls yang terletak di sempadan Brazil-Paraguay, adalah sungai Parana. Pada tahun 1982, lokasi air tejun Guaira ini dibina empangan untuk hidro elektrik yang dinamakan Itaipu Dam merupakan empangan hidro elektrik kedua terbesar di dunia setelah Gorges Dam. Itaipu Dam menyalurkan 90 peratus elektrik ke Paraguay, dan 19 peratus ke Brazil, iaitu Rio de Janeiro dan Sao Paulo.

2. Iceberg B-15, Antartika


Gunung ais B-15 adalah gunung ais terbesar yang tercatat dalam sejarah. Luasnya mencapai 3.100 km, menjadikannya lebih besar dari Pulau Jamaica. Gunung ais raksasa ini terjadi kerana bongkahan Ross Ice Shelf pada Mac 2000.

Maka pada tahun 2003, gunung ais B-15 ini kembali pecah menjadi beberapa bahagian, salah satunya yang terbesar disebut B-15a hanyut ke utara, akhirnya hancur ke dalam glesier pada tahun 2005, meninggalkan bongkahan sepanjang 8 km. Keadaan ini menyebabkan perubahan besar pada peta Antartika dan patut dinilai semula petanya.

Sebahagian hanyut ke sepanjang pantai akhirnya pecah. Pada tahun 2006, angin taufan di Alaska, menyebabkan gelombang lautan yang merentas hingga 13.500 km selama 6 hari ke Antartika, dan memisahkan baki pecahan pecahan menjadi semakin banyak.

Hampir satu dasawarsa berlalu, bahagian-bahagian gunung ais itu masih belum cair seluruhnya, bahagian yang terbesar masih dianggap sebagai B-15a, dengan luasnya mencapai 1.700 Km.

Gambar di atas merupakan gunung ais yang disebut B-15a sesudah hanyut ke dalam Drygalski Glasier (terbawah), akhir nya pecah menjadi beberapa bahagian.
3. Don Juan Pond, Antartika



Tempat manakah yang paling tinggi kandungan garamnya? Pasti orang akan menyebut Laut Mati. Laut Mati memang terkenal di dunia kerana kandungan garamnya yang sangat tinggi. Berdasarkan kajian, air laut kandungan garam tinggi itu boleh menjadi terapi kesihatan.

Tak hairan kalau di sekitar Laut Mati banyak dibina spa-spa untuk terapi, khususnya terapi kecantikan dan kesihatan. Namun, Laut Mati bukanlah yang termasin di dunia. Jadi di Antartika lah, tempatnya Don Juan Pond,merupakan tasik dengan kandungan garam tertinggi di dunia.


Perbezaannya jika dibandingkan dengan laut pada umumnya, Don Juan Pond 18 kali lebih masin daripada air laut biasa, jika dibandingkan dengan Laut Mati, Don Juan Pond 8 kali lebih masin.


Lokasi ini ditemui oleh Lt Don Roe dan Lt John Hickey, pada tahun 1961, semasa keduanya melakukan kajian di Antartika. Nama Don Juan Pond juga diberi mengikut nama kedua pengkaji tentera ini, hasil gabungan nama keduanya.

Suhu di kolam itu-seperti umumnya di kawasan Antartika, cukup rendah, dengan paras terendah boleh mencapai -30 darjah Celcius. Namun tidak pernah sehingga membeku seperti tempat lain di Antartika.


4. Rotorua, New Zealand


Rotorua adalah bandar di tepi laut selatan tasik dengan nama yang sama. Lokasinya di Teluk Plenty, pulau utara New Zealand. Keunikan dari kawasan itu adalah banyaknya kolam-kolam sumber air panas, khususnya Pohutu Geyser di Whakarewarewa, dan lumpur- lumpur mendidih. Kawasan itu menjadi unik dan menarik sehingga banyak dikunjungi pelancung.

5. 83-42, Greenland



Aneh dan unik. Tapi 83-42 dipercayai merupakan satu-satunya bidang tanah yang ada di bahagian utara. Memang hanya ‘secoik’ ukurannya kira 35 m x 15 m dan tinggi 4 m. Kalau dilihat dari atas, ibarat hanya setompok tanah yang dikelilingi pecahan pecahan ais.

Unik! jika kutub utara dilitupi oleh ais, namun tanah ini tidak. Lihat gambar! Keunikan ini sekaligus memecahkan rekod sebelumnya iaitu ATOW 1996. Keunikan 83-42 ini ditemui tahun tahun 1998.


6. Socotra, Republic of Yemen



Socotra tempat paling aneh sekaligus paling unik di dunia. Hampir semua yang ada di sana kelihatan aneh, bermula dari bentuk pokok ataupun sekitarnya, tidak hairan banyak yang menyebut Socotra yang berada di Republik Yemen sebagai salah satu kawasan alien di dunia.

Tempatnya sangat aneh, iklim kering lain daripada yang lain. Keanehan ini menyebabkan kehidupan tanaman maupun benda apapun di sana tumbuh dengan aneh. Sebut saja tanaman terkenal seperti Dragon’s Blood Tree yang aneh, bentuknya sangat tidak umum.

Pokok ini menghasilkan getah berwarna merah. Di sana juga ada binatang binatang asli, seperti burung-burung, labah-labah dan binatang asli lainnya. batuan juga karang, yang bentuknya tidak umum dan hanya ada di pulau itu. Dengan segala keanehan isi pulau ini, tak hairajikan Socotra, pulau yang berada di laut arab, termasuk dalam Warisan Peninggalan Dunia.


7. The Great Dune of Pyla, Perancis



Yang kita tahu bahwa Eropah tidak mempunyai gurun, hanya bukit pasir yang biasa saja. Tapi anggapan ini salah. Eropah mempunyai bukit pasir unik iaitu Pyla, panjangnya 3 km, lebar 500 m dan tinggi 100 meter.

Bukit pasir ini sangat curam sebahagiannya menghadap ke hutan. Tempat ini terkenal kerana menjadi tempat aktivitis paragliding. Selain keunikan bukit pasir itu, yang juga menakjubkan adalah pemandangan sekitarnya di mana dari ketinggian kita boleh melihat laut dan hutan. Bukit pasir ini jauh lebih tinggi dari hutan, sehingga dari bukit pasir itu kita boleh melihat semuanya.


8. Meteor Crater, USA



Meteor Crater adalah kawah yang terbentuk akibat jatuhnya meteorit. Letaknya sekitar 43 mil (69 km) sebelah timur Flagstaff, dekat Winslow di gurun utara Arizona Amerika Syarikat.
Tempat itu disebut Meteor Crater kerana sesuai dengan nama kantor post. Kawah meteor ini dikatakan terbentuk sejak 50.000 tahun lalu pada zaman Pleistocene ketika iklim setempat menjadi lebih sejuk dan basah.
Pada masa itu kawasan ini adalah padang rumput yang luas serta hutan yang dihuni oleh wol mammoths, dan unta. Mungkin kawasan itu belum di huni manusia. Meteor yang jatuh itu mengandung nikel dan membentuk kawah seluas 50 meter.

9. Mount Roraima, Venezuela, Brazil and Guyana


Mount Roraima adalah tempat luar biasa yang indah. Gunung batu ini berbentuk unik kerana seperti kap meja yang berada di awan. Tingginya 400 meter.
Satu satunya cara untuk mencapai puncak atap meja itu adalah dengan memanjat jalur tangga yang memang sudah disediakan kerajaan Venezuela. Cara lain yang tidak disarankan adalah yang biasa dilakukan para pemanjat tebing.
Di sana hujan hampir turun setiap hari, menghayutkan tanaman - tanaman menjalar yang berada di atas atap. , akibatnya atap gunung itu menjadi unik, kerana bersih seperti ‘meja kosong’.

10. The Door To Hell, Turkmenistan



Tempat ini mungkin sudah semua tahu, paling kurang telah membaca beritanya atau melihat gambar-gambarnya. Memang tak hairan kerana fenomena alam di Turkmenistan ini sangat unik.
Orang menyebutnya ‘Pintu Neraka” kerana di kawah selebar 70 meter itu keluar api yang terus menerus sejak 35 tahun terakhir. Bermula dari tahun 1971 di mana geologi menjadikan kawasan itu untuk mencari lombong gas.
Apa yang terjadi adalah semburan api dari bawah yang terus menerus, malah memusnahkan segala peralatan mereka. Ahli geologi ini tidak ada yang berani turun ke dalam kawah beracun itu.


Sumber: Tulahan

10 rumah termahal di dunia

Rumah adalah sesuatu yang tak dapat dipisahkan dari kehidupan manusia, kerana selain berfungsi sebagai tempat berlindung, rumah juga adalah tempat dimana para manusia membina rasa sayang pada keluarga serta membina komunikasi dengan manusia lainnya. Di luar , rumah juga boleh menunjukkan status sosial seseorang di mata masyarakat.

Tidak hairan jika banyak manusia menghabiskan wang yang banyak hanya untuk membina rumah yang merupakan singgasana bagi mereka. Malah tidak jarang terjadi pertumpahan darah demi sesuatu yang bernama rumah ini. Begitu berharganya sebuah rumah. Berikut adalah senarai 10 rumah termahal di dunia:

10. Dracula’s Castle ($ 80.000.000)


Sebelumnya, bangunan ini adalah sebuah benteng, Pemiliknya iaitu Archduke Dominic. Rumah ini Mempunyai 57 bilik, 17 bilik tidur dan banyak peralatan antik yang indah yang tentunya mempunyai nilai sejarah yang tinggi.


9. Updown Court ($ 116.000.000)


Rumah ini terletak di England, Mempunyai 103 bilik, ruang bowling, bioskop besar, lebih dari 3 kolam renang dan gelangang squash. Dipercayai rumah ini lebih luas dari Istana Buckingham.

8. Maison de l’Amitie ($ 125.000.000)

Dimiliki oleh Donald Trump, rumah ini dibina di atas tanah yang membentang sepanjang 80.000 kaki persegi, di dalamnya terdapat konservatori, ruang tarian, 15 bilik tidur, 8 bilik mandi, sebuah gelangang tenis dan paviliun mewah.

7. Fleur de Lys ($ 125.000.000)


Rumah ini dibina oleh Suzanne dan David Saperstein. Rumah itu mempunyai 15 bilik tidur dan eksterior ditutupi dengan kapur Perancis sementara interior disiramkan dengan emas 24 karat. Rumah ini juga mempunyai perabot seperti pola tirai Marie Antoinette dan kursi kesukaan Napoleon.


6. Hala Ranch ($ 135.000.000)


Dimiliki oleh Pangeran Bandar bin Sultan bin Abdulaziz dari Arab Saudi, mempunyai 27 bilik mandi dan 15 bilik tidur bersama dengan kolam renang dalam ruangan, jalan sky swasta, lampu pabrik pengolahan, gelangang tenis, bangunan ini dibinia di atas tanah yang membentang sepanjang 14.397 kaki persegi.


5. Aaron Spelling’s Manor ($ 150.000.000)

Rumah ini berdiri di atas tanah yang membentang sepanjang 56.000 meter persegi tanah dan dibina pada tahun 1991. Memiliki 123 bilik, gelangang tenis, arena skating, ruang bowling dan beberapa kolam renang.

4. The Penthouses at One Hyde Park ($ 160.000.000)


Rumah ini memang masih sedang dalam proses ubah suai, namun begitu peralatan yang ada di dalam rumah ini sangat mewah, malah boleh dikatakan seperti hotel. Ada yang mengatakan bahawa jika bangunan ini sudah selesai dibina seluruhnya, maka akan boleh mengatasi harga William Randolph Hearst’s Mansion.


3. Elena Franchuk’s Victorian Villa ($ 161.000.000)


Rumah ini terletak di daerah Kensington di London Rumah ini mempunyai lima tingkat dan mempunyai 10 bilik tidur, kolam renang dalam ruangan, ruang panik, Bioskop serta ruang sauna.


2. William Randolph Hearst’s Mansion ($ 165.000.000)


Rumah mewah ini milik William Randolph Hearst, mempunyai 3 kolam renang, 29 bilik tidur yang sangat luas. Di dalamnya juga terdapat sebuah disko dan sebuah mini bioskop.


1. Antilla ($ 1.000.000.000)


Inilah rumah paling mahal di dunia, rumah dimiliki oleh Mukesh Ambani, pengusaha dan milioner terkemuka berasal dari India yang juga merupakan orang yang masuk dalam senarai 10 orang terkaya di dunia. Rumah ini terletak di atas 27 lantai dengan ruangan yang sangat luas, malah garajnya sahaja boleh menampung kira-kira 150 kereta.

sumber: Tulahan